KADIR ANDRI & PARTNERS

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

 

A.        PENGENALAN

 

Sebagai komitmen kami dalam melindungi privasi anda, kami telah merangka Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) bagi tujuan menerangkan cara-cara dan langkah-langkah yang diambil oleh Kadir Andri & Partners (sebuah perkongsian yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia yang beroperasi di Suite A-38-8, Tingkat 38 Menara UOA Bangsar, 5 Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia) (selepas ini dirujuk sebagai “KAAP”, “kami” atau “kita”) untuk mengumpul, mengguna dan memproses Data Peribadi anda yang kami perolehi melalui pelbagai sumber termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

 

(i)

Penglibatan anda dalam perkhidmatan undang-undang kami;

(ii)

Data Peribadi anda yang diperolehi melalui laman web kami (www.kaaplaw.com) (“Laman Web”);

(iii)

Melalui komunikasi dan interaksi kami dengan anda menerusi kaedah-kaedah lain termasuklah di majlis, seminar, persidangan dan ceramah, sama ada yang dianjurkan oleh kami ataupun pihak lain; atau

(iv)

Dari pihak ketiga yang berkaitan seperti rujukan-rujukan atau firma-firma guaman lain.

 

Bagi tujuan Notis ini, “Data Peribadi” bermaksud maklumat berkenaan dengan transaksi-transaksi komersial yang mengenal pasti anda sebagai seorang individu sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan jika berkenaan di bawah General Data Protection Regulation (“GDPR”), termasuk apa-apa data peribadi yang sensitif.

 

Data Peribadi yang dikumpul dan diproses oleh kami akan bergantung kepada urusan anda dengan kami dan mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada maklumat-maklumat peribadi anda seperti nama, umur, nombor kad pengenalan/nombor pasport, tarikh lahir, alamat kediaman, butiran akaun bank dan/atau apa-apa maklumat peribadi lain yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh kami dari semasa ke semasa.

 

 

B.        TUJUAN PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN

 

Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan yang secara langsung atau tidak langsung apabila anda melantik kami untuk memberi khidmat guaman atau untuk tujuan yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan kami, yang mungkin termasuk, antara lain:-

 

(i)

Untuk berhubung dengan anda tidak kira sebagai klien kami, bekas atau bakal klien  atau sebagai kenalan perniagaan;

(ii)

Untuk menjawab pertanyaan dan/atau memberi respons terhadap permintaan dan/atau komen anda;

(iii)

Untuk membekalkan maklumat-maklumat yang mungkin menarik minat anda termasuklah surat berita, penerbitan, artikel-artikel, nota bertulis;

(iv)

Untuk tujuan pentadbiran internal;

(v)

Untuk mendapatkan apa-apa pembayaran yang tertunggak daripada anda;

(vi)

Untuk mematuhi kehendak undang-undang, peraturan atau kewajipan pihak kerajaan;

(vii)

Untuk mematuhi keperluan undang-undang atau mematuhi perintah mahkamah;

(viii)

Untuk tujuan penguatkuasaan dan mempertahankan hak-hak perundangan kami dan/atau mendapatkan nasihat perundangan;

(ix)

Untuk mempertimbangkan permohonan bagi pekerjaan, latihan dalam kamar dan  latihan praktikal;

(x)

Untuk tujuan lain sebagaimana yang diarahkan atau yang telah dipersetujui oleh anda; dan

(xi)

Untuk segala tujuan lain yang bersampingan atau berkaitan dengan perkara-perkara di atas;

 

Penyerahan Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memyerah Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan anda dan/atau menyediakan anda dengan maklumat dan/atau perkhidmatan yang mungkin anda perlukan. Dengan persetujuan anda, anda menerima syarat-syarat Notis ini dan bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi anda dengan cara-cara yang dinyatakan di bawah Notis ini.  

 

 

C.         KESELAMATAN DAN PEMINDAHAN DI LUAR MALAYSIA

 

KAAP mempunyai langkah-langkah keselamatan yang munasabah bagi menyimpan Data Peribadi anda dengan rahsia dan selamat.

 

Walau bagaimanapun, kami mungkin menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga daripada kategori-kategori berikut bagi sebarang tujuan sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian B di atas.

 

(i)

Juruaudit kami;

(ii)

Pembekal-pembekal perkhidmatan kami, kontraktor dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami;

(iii)

Pihak kerajaan, pihak berkuasa perundangan dan/atau pihak berkuasa untuk mematuhi undang-undang atau peraturan;

(iv)

Penasihat lain yang bekerja dengan kami secara langsung berkaitan dengan perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda;

(v)

Pihak yang berurus dengan anda dan/atau penasihat mereka; dan

(vi)

Mana-mana pihak ketiga yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang atau perintah mahkamah.

 

Kemudahan penyimpanan teknologi maklumat dan server kami mungkin berada dalam bidang kuasa lain dan kemungkinan terdapat keadaan di mana Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa di luar Malaysia. Selanjutnya, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan keluar dari Malaysia bagi sebarang tujuan yang dinyatakan dalam Bahagian B di atas.

 

 

D.        HAK UNTUK PERMINTAAN AKSES DAN PEMBETULAN

 

Anda mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan, menghapuskan dan menyekat pemprosesan Data Peribadi anda sepertimana yang diperuntukkan oleh APDP dan GDPR (jika berkenaan). Secara umumnya dan tertakluk kepada pengecualian-pengecualian tertentu, anda layak meminta akses kepada Data Peribadi anda, termasuklah bagi mendapatkan salinan Data Peribadi tersebut, yang mana kami boleh mengenakan bayaran yuran yang ditetapkan.

 

Anda boleh membuat permintaan akses, permintaan untuk membuat pembetulan, mengemukakan sebarang pertanyaan dan/atau aduan atau permintaan untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghubungi Pegawai Privasi Data Peribadi kami melalui e-mel di pdp@kaaplaw.com atau melalui telefon di +603 2780 2888 atau melalui faks di +603 2780 2833 atau melalui pos berdaftar yang harus ditujukan kepada Kadir Andri & Partners, Suite A-38-8, Tingkat 38 Menara UOA Bangsar, 5 Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia.

 

 

E.         PENYEMAKAN DAN PINDAAN

 

Kami boleh menyemak semula, mengemas kini, mengubah atau meminda syarat-syarat Notis ini pada bila-bila masa dengan mengemukakan versi terkini pada Laman Web dan/atau mengedarkannya kepada anda. Dengan meneruskan hubungan dengan kami atau dengan meneruskan menggunakan perkhidmatan kami walaupun selepas semakan, pengubahsuaian atau pindaan kepada Notis ini, anda dianggap telah menerima semakan, pengubahsuaian atau pindaan tersebut.

 

 

F.         PERSETUJUAN ANDA

 

Sekiranya anda tidak bersetuju terhadap penggunaaan Data Peribadi anda seperti yang telah kami nyatakan di dalam Notis ini, anda boleh memaklumkan kepada kami dengan menghubungi Pegawai Privasi Data Peribadi kami melalui cara yang sama seperti yang dinyatakan di atas. Jika kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada anda berkenaan dengan hal ini, kami akan terus memproses Data Peribadi anda selaras dengan Notis ini dengan anggapan bahawa anda telah bersetuju terhadap penggunaan atau pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran anda pada bila-bila masa dan anda boleh menghubungi Pegawai Privasi Data Peribadi kami dengan apa-apa cara yang dinyatakan dalam Bahagian D di atas.